ekor-ekor

Tuesday, December 22, 2009

Brainless


Rantai.Art '09. Acrylic on canvas. Nah, tiada sebarang niat diskriminasi jantina ok?

Tuesday, September 8, 2009

diari conteng 2



sedikit catatan; betul, aku dah semakin hilang semangat dgn apa yg aku buat sekarang. mungkin sebab byk masalah yg timbul kebelakangan ni. tak payah aku nak bagitau kat sini. aku sesak, aku serabut. tgk contengan kat atas, serabut kan? macam tu la hidup aku sekarang. aku jenis yg takutkan komitmen, aku jadi sesak dgn semua benda yg digalaskan kat bahu aku. sebagai anak, sebagai abang, sebagai student..aku cuma nak jadi manusia.

aku teringat balik sebelum aku study sini, aku kerja kilang 2 tahun. masa mula2 kerja situ, aku rasa aku macam tak boleh tahan; berat kerja situ. kawan2 aku sorang sorang berhenti. masa tu aku fikir, kalau aku berhenti sekarang mungkin selamanya aku akan jadi macam tu; kerja then berhenti. aku kuatkan semangat aku sampai aku sambung belajar. sekarang ni sekali lg aku hadap situasi sama dlm suasana berbeza. tp aku masih berfikiran sama, kalau aku tarik diri sekarang mungkin aku akan tarik diri selamanya dlm hidup aku. tulah satu2nya motivasi yg tinggal dlm diri aku.

ps: aku takutkan komitmen, tp bkn aku untuk lari dari komitmen..well,hidup ni berat selagi kau hidup..

Monday, August 17, 2009

diari conteng



Pernah tak kau rasa perasaan ni; bila banyak tumpuan yang kau dah dedikasikan untuk satu benda tu dan tiba tiba kau rasa hilang minat/menyampah/takut/bosan dengan perkara yang kau buat sekarang? Kau malas nak teruskan. Macam contengan aku yang tak siap ni; cukup untuk menjelaskan segala situasi aku saat ni. Serius palat sungguh perasaan ni..

Friday, August 14, 2009

Bila Si Gadis Ber-blog..maka bla bla bla

Rasanya dah dekat empat hari aku melayan satu entry dari blog sorang gadis ni (gadis ni bukan gadis blogger yang dulu). Blog dia lagi bijak aku rasa, comel sungguh tapi aku masih tertarik pada satu entry..well tajuk dia la paling menarik kat sini yang lebih kurang semacam bertanya(atau menuduh?) bahawasanya telah diciptakan sejak Adam a.s lagi yang lelaki semua sama. Ya, sama abis. Sama dari segi apa? Ha,itu kita tak tau.

Aku tak salahkan dia, mungkin nasib dia tak berapa baik atau Allah setakat menguji , lelaki yang dia jumpa sepanjang umur dia yang aku kira dalam 20 tahun(muda lagi ni) semuanya sama(sama dari segi apa?itu kita tak tau). Biasala emosi seorang perempuan, entah kekecewaan apa yang dia rasa memang cukup untuk seseorang gadis itu membuat satu konklusi. Namun satu konklusi selalunya disusuli dengan seribu reaksi, buktinya dengan komen yang pelbagai; ada yang setuju, ada yang tak setuju. Yang tak setuju kebanyakannya datang dengan hujah yang best best bagai, ada yang siap dengan dalil dalil agama; aku impress. Yang setuju pulak cuma bagi hujah yang ringkas macam "lelaki semua gatal"; aku juga impress!

Cuma aku pelik bila reaksi daripada hujah dalil dalil agama ni orang anggap sampah! Serupa macam "blablabla..berkutbah apa kejadah?" gitu je. Lagi bestnya bila orang orang ni(terdiri daripada sahabat si gadis aku rasa) berpendapat; adalah tanda tanda nak kiamat bila kau bercakap bab agama dalam kehidupan. Aku pelik, aku tak faham, aku terkonfius..aku dahla belajar agama tak tinggi. Kejang otot aku bila tau yang bercakap pasal agama dalam kehidupan pun dah jadi tanda tanda kiamat. Yang nak pisahkan kehidupan dengan Islam (yang aku belajar bahawasanya Islam tu perfect) tu bukan tanda nak kiamat, tapi mencantumkan keduanya pula dah jadi tanda kiamat. Lepas ni budak budak dakwah yang selalu lekat sticker "islam cara hidupku" kat motor bolehla tanggalkan sticker masing-masing, sebab Islam dengan kehidupan tu dua benda yang asing. Mana boleh ngam; tak rileks rileks la nanti beb gua cakap lu. Dahla tu tanda kiamat..aku rasa kalau Ustaz Harun Din tau mesti dia pun kejang otot..kalau ulama besar dunia, Yusuf Qaradawi tau pun silap silap dia boleh kena strok..

Aku sungguh impress..!!

Wednesday, July 29, 2009

Friday, July 17, 2009

messy jessy.


Cuma main-main dengan marker yang dah kering dakwat. Oh, aku tengah try tak banyak membebel dalam blog sendiri..

Thursday, July 9, 2009

Contengan Warna Digital


Lagi digital study, watak Mikaela lakonan Megan Fox dalam Transformers, walaupun hakikatnya aku tak tau part mana yang boleh buat orang kenal awek dalam gambar ni adalah dia. Atau ringkasnya nak cakap muka tak sama langsung! Aku dah start 'jatuh cinta' kat minah ni masa filem pertama Transformers dulu. Walaupun real life attitude minah ni agak tapir jugak, tapi aku peduli apa. Bukan nak buat bini pun.

Bercakap pasal digital, beberapa nama digital artist yang aku minat adalah Benjamin, Katsuya Terada..kalau kat Malaysia aku suka Puppeteer, Zamzami, dan Adijin. Pun begitu, aku rasa aku paling banyak refer dengan kerja-kerja Aadi Salman (Adijin), aku suka style digital beliau yang kasar dengan stroke yang padat. Aku rasa style gini paling dekat dengan aku dan paling aku layan kepala.

Pasal kerja di atas, benda ni cuma contengan digital yang aku buat untuk mendekatkan aku dengan mouse laptop aku. Sebab sebagai seorang kidal, aku sedikit kekok dalam menggunakan mouse yang sememangnya dicipta untuk manusia bertangan kanan.

ps: Ops, satu lagi sekalung tahniah kepada saudara Adijin yang dengarnya akan bertolak ke Kanada kerana mendapat kerja di sana sebagai concept artist. Aku akan rindu komik-komik beliau terutamanya Siapa? yang belum habis pun keluar kat Komikoo. Good luck kepada beliau!

Monday, July 6, 2009

Digital Colouring.



Lakaran dari entry lama yang aku kaler semula. Study digital colouring punya pasal. Digital yang tak nampak macam digital, suck gila! First time la study betul-betul, terima kasih pada Iba di atas research beliau. Aku ni menumpang research orang je!

Sunday, July 5, 2009

Transformers; dendam The Fallen



Aku tak nak tulis panjang memandangkan mood untuk menulis tak berapa ada waktu-waktu gini. Cuma aku nak kasi entry jugak pasal Transformers 2 Revenge of the Fallen yang aku tengok dengan budak-budak rumah sewa aku semalam. Selepas empat bulan disuap dengan trailer dia yang kaw-kaw, aku rasa puas gila bila dapat menonton filem francais pasal mainan ni. Aku rasa filem ni la paling menaikkan maruah budak-budak yang pernah gila kumpul mainan suatu masa dulu. Mungkin ramai tak tau yang Transformers ni asalnya cuma robot mainan semata-mata sebelum dibuat cerita dalam komik dan kartun animasi. Dan Michael Bay seolah-olah merealisasikan mimpi basah fanboy-fanboy yang gila kumpul toy dengan sebuah filem fiksyen yang sangat hebat mengalahkan filem epik perang yang pernah tertulis dalam mana-mana buku sejarah. Kalau filem Transformers yang pertama dulu dah boleh buatkan kita melopong dengan aksi dan plot yang simple, yang kedua seolah-olah boleh buat kita kejang dengan skrip yang lagi kuat, perjalanan cerita yang sedikit sentimental, sinematografi yang lagi cun, karekter yang makin kuat, dan aksi-aksi pertarungan yang kaw-kaw. Babak-babak pertarungan seolah-olah mengingatkan aku pada perasaan menonton Gladiator dulu. Optimus Prime karismatik gila walaupun cuma besi! Aku takut untuk mengatakan ini adalah filem terbaik memandangkan dunia filem aku yang tak luas pun, tapi aku berani cakap yang ni sememangnya antara filem yang terbaik. Tak banyak aku boleh cakap melainkan memang lahanat la sape yang tak tengok lagi!

Saturday, July 4, 2009

komiku?








Komik pertama yang pernah aku siapkan. Banyak masa yang dah aku dedikasikan untuk siapkan komik ni, walaupun kenyataannya kemalasan tu sendiri masih menebal dalam diri aku. Dan dengan tahap aku yang sekarang ni, segala masa dan kudrat yang aku curahkan tu tak mendapatkan hasil yang lebih baik pun dari cuma sampah-sampah ni. Aku buat komik ni untuk satu competition (competition apa, korang teka la sendiri), dan memandangkan aku agak yakin yang komik aku ni akan di-reject dan di-tong-sampahkan awal-awal lagi, aku pun ambil keputusan untuk post kat sini. Dengan harapan kalau ada komik lain yang aku post kat blog aku ni pada masa depan, harapnya benda tu lagi baik dari sampah-sampah ni semua. Pun begitu, proses menghasilkan komik memang sangat memeritkan, lebih-lebih lagi bagi seseorang pada tahap aku sekarang ni. Urgh..

Friday, July 3, 2009

Bila si gadis ber-blog..maka.



Tajuk entry di atas tak bermotifkan sebarang unsur diskriminasi jantina. Cuma baru-baru ni aku terbaca dalam satu blog seorang gadis, aku tertarik pada satu entry di mana si gadis blogger ni berpendapat yang impian adalah satu perkara yang penuh dengan kepalsuan dan kepura-puraan. Si gadis blogger ni memberi perumpamaan yang impian tu ibarat pelangi, hanya orang yang bodoh cuba mengejarnya. Dan baginya orang yang merasakan diri mereka berimpian ni adalah golongan manusia yang kuat berangan dan tak berpijak di dunia nyata. Serius cakap, entry minah ni betul-betul menikam tepat ke pankreas aku, seluruh roh ini merasa begitu terpanggil untuk menulis di ruang aku sendiri; blog aku.

Aku tak tau apa impian si gadis blogger tadi, cuma kata-kata beliau mengingatkan aku pada filem Hong Kong yang aku tonton baru-baru ni sebelum diganggu oleh ideology si gadis blogger itu. Filem ni pasal tinju, bukanlah sebuah filem yang hebat dan boleh menang banyak anugerah pun, cuma cukup menyedarkan aku tentang impian atau keinginan yang besar untuk mendapatkan sesuatu. Ya, sebuah filem tentang passion. Aku begitu terkesan bila mana si hero berkata; " Kalah menang bukan segalanya, tapi yang lagi penting adalah proses ". Ringkas, tapi sudah cukup untuk menjawab segala persoalan si gadis blogger tadi.

Silap kebanyakan dari kita adalah kerana menganggap; " Impian adalah satu perkara yang wajib aku gapai walau aku mati dalam 'gelanggang' sekalipun, dan kalau aku tetap tak dapat gapai impian aku tu aku adalah loser! Kalau aku mati bermakna mati seorang loser ". Namun sebenarnya, impian adalah satu perkara yang wajib kau kejar dengan mempertaruhkan seumur hidup kau, dan kalau ditakdirkan kau mati biarlah kau mati dalam 'gelanggang' impian kau (ayat macam nak pergi bertinju pulak rasa). Menggapai impian bukanlah segalanya, tapi yang lagi penting adalah proses mengejar yang sedikit sebanyak menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Kalau pun pelangi tu impian kau, bolehkah kau menyentuh pelangi bukanlah satu persoalan, tapi berapa jauh kau boleh pergi untuk mengejar pelangi. Berapa jauh kita semua boleh pergi untuk mengejar impian masing-masing. Sekurang-kurangnya orang yang mengejar sesuatu ni dia boleh pergi lagi jauh berbanding dengan mereka yang takde apa-apa untuk dikejar. Kan?

Kita tetapkan suatu destinasi, namun yang lagi penting adalah sebuah perjalanan. Ni cuma pendapat seorang manusia bodoh. Kalau tak setuju terserahlah. Boleh balas di blog korang sendiri.. Adios..

Wednesday, May 13, 2009

Origin



Marker rendering on A3 paper. Final project illustration hari tu. Sorry gambar ni tak clear sebab aku tak sempat ambil gambar betul-betul. Lepas assesment terus kena hantar, lagipun benda ni dah di frame dulu. Tengokla kalau nanti aku ambil balik benda ni aku post lain. Apa-apa hal pun,yup..aku takkan abis dengan Wolverine. Haha

Thursday, May 7, 2009

potret




Marker rendering on A4 paper.

Akhir-akhir ni aku merasakan seperti ada sedikit rasa seolah-olah aku tertinggal di belakang orang lain. Kawan-kawan aku ramai yang dah ambil job freelance sana sini, buat design semua. Dan aku? Aku masih di sini. Masih melukis yang entah apa-apa, dan tak memberikan sebarang pulangan. Masih berada di celah lorong-lorong lukisan tangan, nak siapkan satu lukisan digital pun aku belum mampu. Semua angan-angan semasa aku mula-mula nak study grafik dulu, belum satu pun betul-betul terhasil. Aku mula memikirkan nasib aku selepas tamat belajar nanti. Dan aku cuma boleh mengeluh..

crosshatching study 2



Mechanical pensel, acrylic, & marker rendering on A4 paper.

Karikatur vokalis Foo Fighter, Dave Grohl. Benda ni aku buat untuk belajar dua perkara iaitu crosshatching dan melukis karikatur. Bagi aku menggunakan teknik crosshatcing dalam lukisan karikatur menjadikannya lebih mudah dan praktikal.

Tuesday, April 21, 2009

siapa artis?



Semasa menulis profil diri ketika di bangku sekolah dulu (seingat aku dalam darjah 6 mungkin), aku menulis artist sebagai cita-cita. Dan sewaktu membacanya di hadapan kelas, cikgu aku dengan sinis bertanya;

"Kenapa nak jadi artis? Nak masuk TV ke?"

Mungkin frasa artis yang dimaksudkan cikgu aku tu adalah penyanyi dan pelakon. Aku tak tau cikgu aku tu sekolah setakat mana membolehkan dia menjadi seorang cikgu. Tapi setahu aku dalam kamus dwibahasa sekalipun, perkataan artist merujuk kepada orang seni, terutamnya pelukis. Dan budak tadika pun boleh tahu (yang pandailah) perkataan artis dah-dah tentu dipinjam dari perkataan english iaitu artist yang bermaksud; macam aku cakap tadi lah!

Pelukis dalam bahasa omputeh pun bukan drawer kan, tapi artist. Penyanyi dan pelakon yang kau panggil artis tu pulak omputeh panggil celebrity. See, omputeh pun tak panggil diorang ni artist. So, kau jangan buat kelakar la kan. Ni satu perkara yang aku tak puas hati sampai sekarang. Aku boleh terima kalau penulis, penyair, pemuisi, jurugambar, atau pengarah filem/ animasi dan sebagainya dipanggil artist, sebab seni adalah melibatkan proses penciptaan. Tapi penyanyi dan pelakon tu orang seni ke? Orang buta seni pun boleh jadi pelakon kan. Kau tengok sendiri la industri perfileman kita, sebab dipenuhi oleh orang buta seni la filem Malaysia jadi sebegini "hebat". wtf!

Monday, April 13, 2009

Crosshatching study.


Aku mengaku work ni buruk,comot, tak best. Crosshatching memang gila susah. Serius, tak tipu. Tapi serius, memang aku suka. Dan aku akan terus berusaha.

Tuesday, March 24, 2009

Designing


Corporate Identity. Stationary; envelope, namecard & letterhead.

Ok, dah..ni je. Lepas ni aku balik semula pada drawing & illustration.

Flashback- work grafik

Aku teringat something bila tengok blog aku pagi ni. Aku budak grafik tapi tak banyak work-work grafik kat sini. Aku rasa banyak sangat work-work tak best aku dalam designing ni, jadi aku tak boleh letak kat sini. Tapi aku mungkin letak sikit nanti.. yang aku rasa okey sikitla.. Em, ni ada sikit.. tapi masih lebih kepada illustration..

Heath Ledger/ Joker. potrait by font. illustrator.
Yoshioka Yui. illustrator. done by Zul & me.

Monday, March 23, 2009

Flashback- work-work lama dulu.

Kenapa Allah ciptakan mata kita di hadapan dan bukannya di belakang. Dah-dah tentu untuk kita melihat ke hadapan. Tapi Allah ciptakan juga leher untuk kita toleh ke belakang sesekali.
Aku tak suka menoleh pada perkara yang aku tinggalkan di belakang tapi kadang-kadang menoleh ke belakang buatkan aku rasa untuk pergi lebih jauh kehadapan. Macam kerja-kerja aku yang lalu, teruk..dan selalu buatkan aku nak jadi lebih bagus.. biarpun sedikit..

sem-3

sem-3

sem-3

sem-2
sem-2

sem-2

sem-2

sem-2

Watchmen- dari komik ke filem


Sabtu lepas aku, Hashim & Iba berkesempatan untuk menonton wayang. Kitorang pilih untuk tengok citer Watchmen selepas banyak dengar & baca komen/ulasan daripada member-member sendiri. Seperti biasa, aku selalu masuk panggung wayang dengan expectation yang tinggi. Nak-nak bila filem tu kau tunggu bertahun kan. Dan setiap kali tu jugak aku selalu 'dikecewakan'. Macam Dragonball itu hari. Memang mencarutla dalam pawagam (dalam hati je la). wtf!
Tapi kali ni tak. Aku keluar pawagam dengan puas. Serius.. Watchmen memang betul-betul mencapai level expectation aku. Citer superhero yang lain dari biasa tu satu. Perkara yang paling aku suka pasal citer ni adalah garapan citer dia. Storyline dia memang sedap. Perkembangan watak dia antara yang terbaik lah setakat ni. Tiap watak diberikan peranan & jalan cerita yang seimbang sampai kau boleh faham kenapa watak ni gini, apa sebab dia buat macam ni. Sampai kau boleh jatuh cinta dengan watak-watak dia. Iba siap jadikan Rorschach
sebagai role model lagi!
Aku tak pernah lagi baca komik Watchmen. Tapi bagi aku inilah antara filem adaptasi komik superhero yang terbaik bersama-sama The Dark Knight. Mungkin juga komik ni sendiri dah kuat dengan jalan cerita dia menjadikan filem dia sebegini hebat. Tak hairan bagi penulis komik sehebat Alan Moore. Apa-apa hal pun pujian harus diberikan kepada Zack Snyder sebab berjaya mengangkat karya ni ke layar perak sehebat ni. Aku rasa James Wong pun kena ambil filem ni sebagai contoh la sebelum buat Dragonball. Takdela buat filem syok sendiri.

Saturday, March 21, 2009

Marker Rendering Study


Artwork awal aku time mula-mula pegang marker rendering. Terlampau banyak kekurangan sama ada dalam 'figure propotion' mahupun dalam 'rendering'.



Percubaan ketiga. Cuba detailkan 'stroke' untuk potret tapi ada je yang tak kena dengan gambar ni.

Impian Seorang Pejuang

Apa yang paling kau inginkan dalam hidup kau sekarang?

Kalau kau sanggup mempertaruhkan seumur hidup kau untuk cuba mengejar perkara tu,itu lah namanya impian. Pada aku,impian atau cita2 ni adalah satu perkara paling indah dan bermaruah kat dunia ni. Pernah tak kau fikir kenapa seorang peninju sanggup bergelumang dengan darah dalam gelanggang,sebab impian dia di situ. Impian tu bagi dia satu kuasa untuk terus berdiri walau teruk dibelasah.. Seorang pelukis jalanan sanggup hidup merempat di tepi-tepi jalan sebab impian dia di situ. Kuasa impian tu bagi dia ketahanan walau dicerca, diherdik, mahupun dipandang rendah seumur hidup dia..

Cuba kau fikir,kau orang yang berimpian atau tak? Atau kau manusia berjiwa kosong tanpa impian?

Dalam dunia yang sekarang macam ni,aku rasa impian lah yang selamatkan aku dari benda-benda yang merosakkan. Jujur aku mengaku dari zaman sekolah lagi banyak benda2 tak elok di sekeliling aku..gangster,clubbing,rempit,perempuan,ganja,pil..segala benda ni aku tengok sendri rosakkan kawan-kawan aku. Salah satu perkara yang selamatkan aku selain iman yang cuma setebal kulit bawang ni bukan lain adalah impian. Bagi aku sendiri impianlah yang membezakan hidup aku dengan hidup diorang. Bukannya aku pandang rendah pada sesiapa, tapi itulah hakikatnya kan. Kawan-kawan aku tu mana ada apa-apa impian pun, yang pasti ada dalam kepala dan jiwa diorang aku pasti tak lain adalah keseronokan semata-mata. Tapi aku ada perkara yang perlu aku kejar,aku tau apa yang aku betul-betul nak dengan seluruh jiwa raga aku. Dan aku tak nak impian aku hancur kerana benda-benda bodoh ni semua.

Cuba kau tengok remaja-remaja sekarang dan tanya kenapa kebanyakan dari diorang rosak serosaknya?

Impian tak memerlukan kau mencapainya. Impian perlukan kau untuk mengejarnya. Aku bagi perumpamaan,langit tu impian kau. Kau tak perlu untuk sentuh langit,apa yang perlu adalah kau lompat setinggi yang boleh. Sama ada dapat capai atau tak adalah perkara kedua,tiga, dan keberapa saja. Antara saat kau kejar dan saat kau capai,saat kau kejar adalah lebih bermakna sebab dari situlah bermulanya kehidupan sebenar kau.

Jujurnya, aku tak rela kalau aku jalani kehidupan tanpa impian. Pergi kerja,balik kerja. Menaip dari pagi sampai petang, buat benda yang aku tak suka. Walau hidup aku mewah sekalipun.
Tiada makna kehidupan bagi aku kalau macam tu. Aku sejujurnya lagi rela hidup aku bergelumang dengan tekanan..kejar deadline..kena perah otak..terpaksa makan megi..asalkan impian aku ada di situ .Dan kalau ditakdirkan aku jatuh,aku berharap aku jatuh di landasan menuju impian aku..sebab hanya impian yg dapat buat aku bangun semula..

Impian aku nak jadi pelukis ilustrasi/komik/animasi. Memang..aku mengaku,impian aku bodoh-bodoh je..tapi bagi aku, bersama impian aku ni,aku ibarat seorang 'fighter' dalam sebuah gelanggang yang ganas..berdiri dengan penuh gagah dan bermaruah..