ekor-ekor

Wednesday, July 29, 2009

Friday, July 17, 2009

messy jessy.


Cuma main-main dengan marker yang dah kering dakwat. Oh, aku tengah try tak banyak membebel dalam blog sendiri..

Thursday, July 9, 2009

Contengan Warna Digital


Lagi digital study, watak Mikaela lakonan Megan Fox dalam Transformers, walaupun hakikatnya aku tak tau part mana yang boleh buat orang kenal awek dalam gambar ni adalah dia. Atau ringkasnya nak cakap muka tak sama langsung! Aku dah start 'jatuh cinta' kat minah ni masa filem pertama Transformers dulu. Walaupun real life attitude minah ni agak tapir jugak, tapi aku peduli apa. Bukan nak buat bini pun.

Bercakap pasal digital, beberapa nama digital artist yang aku minat adalah Benjamin, Katsuya Terada..kalau kat Malaysia aku suka Puppeteer, Zamzami, dan Adijin. Pun begitu, aku rasa aku paling banyak refer dengan kerja-kerja Aadi Salman (Adijin), aku suka style digital beliau yang kasar dengan stroke yang padat. Aku rasa style gini paling dekat dengan aku dan paling aku layan kepala.

Pasal kerja di atas, benda ni cuma contengan digital yang aku buat untuk mendekatkan aku dengan mouse laptop aku. Sebab sebagai seorang kidal, aku sedikit kekok dalam menggunakan mouse yang sememangnya dicipta untuk manusia bertangan kanan.

ps: Ops, satu lagi sekalung tahniah kepada saudara Adijin yang dengarnya akan bertolak ke Kanada kerana mendapat kerja di sana sebagai concept artist. Aku akan rindu komik-komik beliau terutamanya Siapa? yang belum habis pun keluar kat Komikoo. Good luck kepada beliau!

Monday, July 6, 2009

Digital Colouring.



Lakaran dari entry lama yang aku kaler semula. Study digital colouring punya pasal. Digital yang tak nampak macam digital, suck gila! First time la study betul-betul, terima kasih pada Iba di atas research beliau. Aku ni menumpang research orang je!

Sunday, July 5, 2009

Transformers; dendam The Fallen



Aku tak nak tulis panjang memandangkan mood untuk menulis tak berapa ada waktu-waktu gini. Cuma aku nak kasi entry jugak pasal Transformers 2 Revenge of the Fallen yang aku tengok dengan budak-budak rumah sewa aku semalam. Selepas empat bulan disuap dengan trailer dia yang kaw-kaw, aku rasa puas gila bila dapat menonton filem francais pasal mainan ni. Aku rasa filem ni la paling menaikkan maruah budak-budak yang pernah gila kumpul mainan suatu masa dulu. Mungkin ramai tak tau yang Transformers ni asalnya cuma robot mainan semata-mata sebelum dibuat cerita dalam komik dan kartun animasi. Dan Michael Bay seolah-olah merealisasikan mimpi basah fanboy-fanboy yang gila kumpul toy dengan sebuah filem fiksyen yang sangat hebat mengalahkan filem epik perang yang pernah tertulis dalam mana-mana buku sejarah. Kalau filem Transformers yang pertama dulu dah boleh buatkan kita melopong dengan aksi dan plot yang simple, yang kedua seolah-olah boleh buat kita kejang dengan skrip yang lagi kuat, perjalanan cerita yang sedikit sentimental, sinematografi yang lagi cun, karekter yang makin kuat, dan aksi-aksi pertarungan yang kaw-kaw. Babak-babak pertarungan seolah-olah mengingatkan aku pada perasaan menonton Gladiator dulu. Optimus Prime karismatik gila walaupun cuma besi! Aku takut untuk mengatakan ini adalah filem terbaik memandangkan dunia filem aku yang tak luas pun, tapi aku berani cakap yang ni sememangnya antara filem yang terbaik. Tak banyak aku boleh cakap melainkan memang lahanat la sape yang tak tengok lagi!

Saturday, July 4, 2009

komiku?








Komik pertama yang pernah aku siapkan. Banyak masa yang dah aku dedikasikan untuk siapkan komik ni, walaupun kenyataannya kemalasan tu sendiri masih menebal dalam diri aku. Dan dengan tahap aku yang sekarang ni, segala masa dan kudrat yang aku curahkan tu tak mendapatkan hasil yang lebih baik pun dari cuma sampah-sampah ni. Aku buat komik ni untuk satu competition (competition apa, korang teka la sendiri), dan memandangkan aku agak yakin yang komik aku ni akan di-reject dan di-tong-sampahkan awal-awal lagi, aku pun ambil keputusan untuk post kat sini. Dengan harapan kalau ada komik lain yang aku post kat blog aku ni pada masa depan, harapnya benda tu lagi baik dari sampah-sampah ni semua. Pun begitu, proses menghasilkan komik memang sangat memeritkan, lebih-lebih lagi bagi seseorang pada tahap aku sekarang ni. Urgh..

Friday, July 3, 2009

Bila si gadis ber-blog..maka.



Tajuk entry di atas tak bermotifkan sebarang unsur diskriminasi jantina. Cuma baru-baru ni aku terbaca dalam satu blog seorang gadis, aku tertarik pada satu entry di mana si gadis blogger ni berpendapat yang impian adalah satu perkara yang penuh dengan kepalsuan dan kepura-puraan. Si gadis blogger ni memberi perumpamaan yang impian tu ibarat pelangi, hanya orang yang bodoh cuba mengejarnya. Dan baginya orang yang merasakan diri mereka berimpian ni adalah golongan manusia yang kuat berangan dan tak berpijak di dunia nyata. Serius cakap, entry minah ni betul-betul menikam tepat ke pankreas aku, seluruh roh ini merasa begitu terpanggil untuk menulis di ruang aku sendiri; blog aku.

Aku tak tau apa impian si gadis blogger tadi, cuma kata-kata beliau mengingatkan aku pada filem Hong Kong yang aku tonton baru-baru ni sebelum diganggu oleh ideology si gadis blogger itu. Filem ni pasal tinju, bukanlah sebuah filem yang hebat dan boleh menang banyak anugerah pun, cuma cukup menyedarkan aku tentang impian atau keinginan yang besar untuk mendapatkan sesuatu. Ya, sebuah filem tentang passion. Aku begitu terkesan bila mana si hero berkata; " Kalah menang bukan segalanya, tapi yang lagi penting adalah proses ". Ringkas, tapi sudah cukup untuk menjawab segala persoalan si gadis blogger tadi.

Silap kebanyakan dari kita adalah kerana menganggap; " Impian adalah satu perkara yang wajib aku gapai walau aku mati dalam 'gelanggang' sekalipun, dan kalau aku tetap tak dapat gapai impian aku tu aku adalah loser! Kalau aku mati bermakna mati seorang loser ". Namun sebenarnya, impian adalah satu perkara yang wajib kau kejar dengan mempertaruhkan seumur hidup kau, dan kalau ditakdirkan kau mati biarlah kau mati dalam 'gelanggang' impian kau (ayat macam nak pergi bertinju pulak rasa). Menggapai impian bukanlah segalanya, tapi yang lagi penting adalah proses mengejar yang sedikit sebanyak menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Kalau pun pelangi tu impian kau, bolehkah kau menyentuh pelangi bukanlah satu persoalan, tapi berapa jauh kau boleh pergi untuk mengejar pelangi. Berapa jauh kita semua boleh pergi untuk mengejar impian masing-masing. Sekurang-kurangnya orang yang mengejar sesuatu ni dia boleh pergi lagi jauh berbanding dengan mereka yang takde apa-apa untuk dikejar. Kan?

Kita tetapkan suatu destinasi, namun yang lagi penting adalah sebuah perjalanan. Ni cuma pendapat seorang manusia bodoh. Kalau tak setuju terserahlah. Boleh balas di blog korang sendiri.. Adios..