ekor-ekor

Wednesday, December 29, 2010

melancholy smile


Kem Pelukis Bertemu & Berkarya, anjuran SENIKA & GAPS, Sg Semuji Resort, Kuantan.

Acrylic on canvas.

Tuesday, December 28, 2010

Friday, November 5, 2010

Wednesday, October 27, 2010

Sunday, June 6, 2010

diploma show?


logo & design untuk event adalah hasil kaloborasi aku bersama miu, oren, dan tengku.

Hampir 2 bulan selepas En Masse de Art show berlangsung. Aku pulak lepas settle semua terus pulang ke kampung halaman, so niat nak update blog bertangguh sampai sekarang. Apa2 pun, nila sebahagian daripada kerja-kerja aku yang dipamerkan pada hari itu.


Subjek aku untuk dipshow ni adalah festivel muzik Rock the World ke-10




poster

storyboard untuk tvc.

Friday, April 30, 2010

gudbye bluesky~

Hari ini menjadi detik-detik terakhir aku di Kuantan. 3 tahun bukan tempoh yang sekejap bagi aku- tidak seperti filem atau cereka yang latar masanya boleh dilangkau cuma dengan ayat "3 tahun kemudian". Mungkin kalau diimbas secara kasar, bagai baru semalam aku menjejakkan kaki di sini. Tapi untuk menilai segala babak2 yang dirakamkan di pentas ini aku perlukan 3 tahun lagi rasanya. Manakan tidak,tempat yang asalnya cukup asing untuk aku inilah yang aku anggapkan sebagai rumah- panasnya,hujannya,jalan2 rayanya, dan mungkin juga orang2 di sekitarnya inilah yang akan aku rindu.

Pohon ampun maaf atas segala keterlanjuran sikap aku selama menuntut di kolej lebih2 lagi kepada pensyarah. Menjadi pelajar yang ber-attitude buruk langsung tidak menjadi kebanggaan aku. Mungkin menentang lebih mudah bagi aku dari menerima sesuatu yang bertentangan- jalan mudah untuk manusia bodoh seperti aku. Dan aku, insyaallah kalau dipanjangkan umur akan kembali di bumi ini sekurang2nya sekali lagi..

Gudbye bluesky...!!

Saturday, January 9, 2010