ekor-ekor

Showing posts with label transformers. Show all posts
Showing posts with label transformers. Show all posts

Thursday, July 9, 2009

Contengan Warna Digital


Lagi digital study, watak Mikaela lakonan Megan Fox dalam Transformers, walaupun hakikatnya aku tak tau part mana yang boleh buat orang kenal awek dalam gambar ni adalah dia. Atau ringkasnya nak cakap muka tak sama langsung! Aku dah start 'jatuh cinta' kat minah ni masa filem pertama Transformers dulu. Walaupun real life attitude minah ni agak tapir jugak, tapi aku peduli apa. Bukan nak buat bini pun.

Bercakap pasal digital, beberapa nama digital artist yang aku minat adalah Benjamin, Katsuya Terada..kalau kat Malaysia aku suka Puppeteer, Zamzami, dan Adijin. Pun begitu, aku rasa aku paling banyak refer dengan kerja-kerja Aadi Salman (Adijin), aku suka style digital beliau yang kasar dengan stroke yang padat. Aku rasa style gini paling dekat dengan aku dan paling aku layan kepala.

Pasal kerja di atas, benda ni cuma contengan digital yang aku buat untuk mendekatkan aku dengan mouse laptop aku. Sebab sebagai seorang kidal, aku sedikit kekok dalam menggunakan mouse yang sememangnya dicipta untuk manusia bertangan kanan.

ps: Ops, satu lagi sekalung tahniah kepada saudara Adijin yang dengarnya akan bertolak ke Kanada kerana mendapat kerja di sana sebagai concept artist. Aku akan rindu komik-komik beliau terutamanya Siapa? yang belum habis pun keluar kat Komikoo. Good luck kepada beliau!

Sunday, July 5, 2009

Transformers; dendam The Fallen



Aku tak nak tulis panjang memandangkan mood untuk menulis tak berapa ada waktu-waktu gini. Cuma aku nak kasi entry jugak pasal Transformers 2 Revenge of the Fallen yang aku tengok dengan budak-budak rumah sewa aku semalam. Selepas empat bulan disuap dengan trailer dia yang kaw-kaw, aku rasa puas gila bila dapat menonton filem francais pasal mainan ni. Aku rasa filem ni la paling menaikkan maruah budak-budak yang pernah gila kumpul mainan suatu masa dulu. Mungkin ramai tak tau yang Transformers ni asalnya cuma robot mainan semata-mata sebelum dibuat cerita dalam komik dan kartun animasi. Dan Michael Bay seolah-olah merealisasikan mimpi basah fanboy-fanboy yang gila kumpul toy dengan sebuah filem fiksyen yang sangat hebat mengalahkan filem epik perang yang pernah tertulis dalam mana-mana buku sejarah. Kalau filem Transformers yang pertama dulu dah boleh buatkan kita melopong dengan aksi dan plot yang simple, yang kedua seolah-olah boleh buat kita kejang dengan skrip yang lagi kuat, perjalanan cerita yang sedikit sentimental, sinematografi yang lagi cun, karekter yang makin kuat, dan aksi-aksi pertarungan yang kaw-kaw. Babak-babak pertarungan seolah-olah mengingatkan aku pada perasaan menonton Gladiator dulu. Optimus Prime karismatik gila walaupun cuma besi! Aku takut untuk mengatakan ini adalah filem terbaik memandangkan dunia filem aku yang tak luas pun, tapi aku berani cakap yang ni sememangnya antara filem yang terbaik. Tak banyak aku boleh cakap melainkan memang lahanat la sape yang tak tengok lagi!