Hari ini menjadi detik-detik terakhir aku di Kuantan. 3 tahun bukan tempoh yang sekejap bagi aku- tidak seperti filem atau cereka yang latar masanya boleh dilangkau cuma dengan ayat "3 tahun kemudian". Mungkin kalau diimbas secara kasar, bagai baru semalam aku menjejakkan kaki di sini. Tapi untuk menilai segala babak2 yang dirakamkan di pentas ini aku perlukan 3 tahun lagi rasanya. Manakan tidak,tempat yang asalnya cukup asing untuk aku inilah yang aku anggapkan sebagai rumah- panasnya,hujannya,jalan2 rayanya, dan mungkin juga orang2 di sekitarnya inilah yang akan aku rindu.
Pohon ampun maaf atas segala keterlanjuran sikap aku selama menuntut di kolej lebih2 lagi kepada pensyarah. Menjadi pelajar yang ber-attitude buruk langsung tidak menjadi kebanggaan aku. Mungkin menentang lebih mudah bagi aku dari menerima sesuatu yang bertentangan- jalan mudah untuk manusia bodoh seperti aku. Dan aku, insyaallah kalau dipanjangkan umur akan kembali di bumi ini sekurang2nya sekali lagi..
Gudbye bluesky...!!
ekor-ekor
Showing posts with label catatan. Show all posts
Showing posts with label catatan. Show all posts
Friday, April 30, 2010
Tuesday, September 8, 2009
diari conteng 2


sedikit catatan; betul, aku dah semakin hilang semangat dgn apa yg aku buat sekarang. mungkin sebab byk masalah yg timbul kebelakangan ni. tak payah aku nak bagitau kat sini. aku sesak, aku serabut. tgk contengan kat atas, serabut kan? macam tu la hidup aku sekarang. aku jenis yg takutkan komitmen, aku jadi sesak dgn semua benda yg digalaskan kat bahu aku. sebagai anak, sebagai abang, sebagai student..aku cuma nak jadi manusia.
aku teringat balik sebelum aku study sini, aku kerja kilang 2 tahun. masa mula2 kerja situ, aku rasa aku macam tak boleh tahan; berat kerja situ. kawan2 aku sorang sorang berhenti. masa tu aku fikir, kalau aku berhenti sekarang mungkin selamanya aku akan jadi macam tu; kerja then berhenti. aku kuatkan semangat aku sampai aku sambung belajar. sekarang ni sekali lg aku hadap situasi sama dlm suasana berbeza. tp aku masih berfikiran sama, kalau aku tarik diri sekarang mungkin aku akan tarik diri selamanya dlm hidup aku. tulah satu2nya motivasi yg tinggal dlm diri aku.
ps: aku takutkan komitmen, tp bkn aku untuk lari dari komitmen..well,hidup ni berat selagi kau hidup..
Friday, August 14, 2009
Bila Si Gadis Ber-blog..maka bla bla bla
Rasanya dah dekat empat hari aku melayan satu entry dari blog sorang gadis ni (gadis ni bukan gadis blogger yang dulu). Blog dia lagi bijak aku rasa, comel sungguh tapi aku masih tertarik pada satu entry..well tajuk dia la paling menarik kat sini yang lebih kurang semacam bertanya(atau menuduh?) bahawasanya telah diciptakan sejak Adam a.s lagi yang lelaki semua sama. Ya, sama abis. Sama dari segi apa? Ha,itu kita tak tau.Aku tak salahkan dia, mungkin nasib dia tak berapa baik atau Allah setakat menguji , lelaki yang dia jumpa sepanjang umur dia yang aku kira dalam 20 tahun(muda lagi ni) semuanya sama(sama dari segi apa?itu kita tak tau). Biasala emosi seorang perempuan, entah kekecewaan apa yang dia rasa memang cukup untuk seseorang gadis itu membuat satu konklusi. Namun satu konklusi selalunya disusuli dengan seribu reaksi, buktinya dengan komen yang pelbagai; ada yang setuju, ada yang tak setuju. Yang tak setuju kebanyakannya datang dengan hujah yang best best bagai, ada yang siap dengan dalil dalil agama; aku impress. Yang setuju pulak cuma bagi hujah yang ringkas macam "lelaki semua gatal"; aku juga impress!
Cuma aku pelik bila reaksi daripada hujah dalil dalil agama ni orang anggap sampah! Serupa macam "blablabla..berkutbah apa kejadah?" gitu je. Lagi bestnya bila orang orang ni(terdiri daripada sahabat si gadis aku rasa) berpendapat; adalah tanda tanda nak kiamat bila kau bercakap bab agama dalam kehidupan. Aku pelik, aku tak faham, aku terkonfius..aku dahla belajar agama tak tinggi. Kejang otot aku bila tau yang bercakap pasal agama dalam kehidupan pun dah jadi tanda tanda kiamat. Yang nak pisahkan kehidupan dengan Islam (yang aku belajar bahawasanya Islam tu perfect) tu bukan tanda nak kiamat, tapi mencantumkan keduanya pula dah jadi tanda kiamat. Lepas ni budak budak dakwah yang selalu lekat sticker "islam cara hidupku" kat motor bolehla tanggalkan sticker masing-masing, sebab Islam dengan kehidupan tu dua benda yang asing. Mana boleh ngam; tak rileks rileks la nanti beb gua cakap lu. Dahla tu tanda kiamat..aku rasa kalau Ustaz Harun Din tau mesti dia pun kejang otot..kalau ulama besar dunia, Yusuf Qaradawi tau pun silap silap dia boleh kena strok..
Aku sungguh impress..!!
Friday, July 3, 2009
Bila si gadis ber-blog..maka.

Tajuk entry di atas tak bermotifkan sebarang unsur diskriminasi jantina. Cuma baru-baru ni aku terbaca dalam satu blog seorang gadis, aku tertarik pada satu entry di mana si gadis blogger ni berpendapat yang impian adalah satu perkara yang penuh dengan kepalsuan dan kepura-puraan. Si gadis blogger ni memberi perumpamaan yang impian tu ibarat pelangi, hanya orang yang bodoh cuba mengejarnya. Dan baginya orang yang merasakan diri mereka berimpian ni adalah golongan manusia yang kuat berangan dan tak berpijak di dunia nyata. Serius cakap, entry minah ni betul-betul menikam tepat ke pankreas aku, seluruh roh ini merasa begitu terpanggil untuk menulis di ruang aku sendiri; blog aku.
Aku tak tau apa impian si gadis blogger tadi, cuma kata-kata beliau mengingatkan aku pada filem Hong Kong yang aku tonton baru-baru ni sebelum diganggu oleh ideology si gadis blogger itu. Filem ni pasal tinju, bukanlah sebuah filem yang hebat dan boleh menang banyak anugerah pun, cuma cukup menyedarkan aku tentang impian atau keinginan yang besar untuk mendapatkan sesuatu. Ya, sebuah filem tentang passion. Aku begitu terkesan bila mana si hero berkata; " Kalah menang bukan segalanya, tapi yang lagi penting adalah proses ". Ringkas, tapi sudah cukup untuk menjawab segala persoalan si gadis blogger tadi.
Silap kebanyakan dari kita adalah kerana menganggap; " Impian adalah satu perkara yang wajib aku gapai walau aku mati dalam 'gelanggang' sekalipun, dan kalau aku tetap tak dapat gapai impian aku tu aku adalah loser! Kalau aku mati bermakna mati seorang loser ". Namun sebenarnya, impian adalah satu perkara yang wajib kau kejar dengan mempertaruhkan seumur hidup kau, dan kalau ditakdirkan kau mati biarlah kau mati dalam 'gelanggang' impian kau (ayat macam nak pergi bertinju pulak rasa). Menggapai impian bukanlah segalanya, tapi yang lagi penting adalah proses mengejar yang sedikit sebanyak menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Kalau pun pelangi tu impian kau, bolehkah kau menyentuh pelangi bukanlah satu persoalan, tapi berapa jauh kau boleh pergi untuk mengejar pelangi. Berapa jauh kita semua boleh pergi untuk mengejar impian masing-masing. Sekurang-kurangnya orang yang mengejar sesuatu ni dia boleh pergi lagi jauh berbanding dengan mereka yang takde apa-apa untuk dikejar. Kan?
Kita tetapkan suatu destinasi, namun yang lagi penting adalah sebuah perjalanan. Ni cuma pendapat seorang manusia bodoh. Kalau tak setuju terserahlah. Boleh balas di blog korang sendiri.. Adios..
Subscribe to:
Posts (Atom)