ekor-ekor

Friday, July 3, 2009

Bila si gadis ber-blog..maka.



Tajuk entry di atas tak bermotifkan sebarang unsur diskriminasi jantina. Cuma baru-baru ni aku terbaca dalam satu blog seorang gadis, aku tertarik pada satu entry di mana si gadis blogger ni berpendapat yang impian adalah satu perkara yang penuh dengan kepalsuan dan kepura-puraan. Si gadis blogger ni memberi perumpamaan yang impian tu ibarat pelangi, hanya orang yang bodoh cuba mengejarnya. Dan baginya orang yang merasakan diri mereka berimpian ni adalah golongan manusia yang kuat berangan dan tak berpijak di dunia nyata. Serius cakap, entry minah ni betul-betul menikam tepat ke pankreas aku, seluruh roh ini merasa begitu terpanggil untuk menulis di ruang aku sendiri; blog aku.

Aku tak tau apa impian si gadis blogger tadi, cuma kata-kata beliau mengingatkan aku pada filem Hong Kong yang aku tonton baru-baru ni sebelum diganggu oleh ideology si gadis blogger itu. Filem ni pasal tinju, bukanlah sebuah filem yang hebat dan boleh menang banyak anugerah pun, cuma cukup menyedarkan aku tentang impian atau keinginan yang besar untuk mendapatkan sesuatu. Ya, sebuah filem tentang passion. Aku begitu terkesan bila mana si hero berkata; " Kalah menang bukan segalanya, tapi yang lagi penting adalah proses ". Ringkas, tapi sudah cukup untuk menjawab segala persoalan si gadis blogger tadi.

Silap kebanyakan dari kita adalah kerana menganggap; " Impian adalah satu perkara yang wajib aku gapai walau aku mati dalam 'gelanggang' sekalipun, dan kalau aku tetap tak dapat gapai impian aku tu aku adalah loser! Kalau aku mati bermakna mati seorang loser ". Namun sebenarnya, impian adalah satu perkara yang wajib kau kejar dengan mempertaruhkan seumur hidup kau, dan kalau ditakdirkan kau mati biarlah kau mati dalam 'gelanggang' impian kau (ayat macam nak pergi bertinju pulak rasa). Menggapai impian bukanlah segalanya, tapi yang lagi penting adalah proses mengejar yang sedikit sebanyak menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Kalau pun pelangi tu impian kau, bolehkah kau menyentuh pelangi bukanlah satu persoalan, tapi berapa jauh kau boleh pergi untuk mengejar pelangi. Berapa jauh kita semua boleh pergi untuk mengejar impian masing-masing. Sekurang-kurangnya orang yang mengejar sesuatu ni dia boleh pergi lagi jauh berbanding dengan mereka yang takde apa-apa untuk dikejar. Kan?

Kita tetapkan suatu destinasi, namun yang lagi penting adalah sebuah perjalanan. Ni cuma pendapat seorang manusia bodoh. Kalau tak setuju terserahlah. Boleh balas di blog korang sendiri.. Adios..

2 comments:

Daishie dc said...

setiap org perlu ada impian.impian bukan seperti pelangi.sebab pelangi tidak selalunya ada,tanpa impian orang tidak akan ke mana-mana sbb impian yang membawa kita kepada kejayaan..

araku taipan said...

bg aku impian x ubah seperti angan..
adakala digai adakala tidak...