ekor-ekor

Monday, August 17, 2009

diari conteng



Pernah tak kau rasa perasaan ni; bila banyak tumpuan yang kau dah dedikasikan untuk satu benda tu dan tiba tiba kau rasa hilang minat/menyampah/takut/bosan dengan perkara yang kau buat sekarang? Kau malas nak teruskan. Macam contengan aku yang tak siap ni; cukup untuk menjelaskan segala situasi aku saat ni. Serius palat sungguh perasaan ni..

Friday, August 14, 2009

Bila Si Gadis Ber-blog..maka bla bla bla

Rasanya dah dekat empat hari aku melayan satu entry dari blog sorang gadis ni (gadis ni bukan gadis blogger yang dulu). Blog dia lagi bijak aku rasa, comel sungguh tapi aku masih tertarik pada satu entry..well tajuk dia la paling menarik kat sini yang lebih kurang semacam bertanya(atau menuduh?) bahawasanya telah diciptakan sejak Adam a.s lagi yang lelaki semua sama. Ya, sama abis. Sama dari segi apa? Ha,itu kita tak tau.

Aku tak salahkan dia, mungkin nasib dia tak berapa baik atau Allah setakat menguji , lelaki yang dia jumpa sepanjang umur dia yang aku kira dalam 20 tahun(muda lagi ni) semuanya sama(sama dari segi apa?itu kita tak tau). Biasala emosi seorang perempuan, entah kekecewaan apa yang dia rasa memang cukup untuk seseorang gadis itu membuat satu konklusi. Namun satu konklusi selalunya disusuli dengan seribu reaksi, buktinya dengan komen yang pelbagai; ada yang setuju, ada yang tak setuju. Yang tak setuju kebanyakannya datang dengan hujah yang best best bagai, ada yang siap dengan dalil dalil agama; aku impress. Yang setuju pulak cuma bagi hujah yang ringkas macam "lelaki semua gatal"; aku juga impress!

Cuma aku pelik bila reaksi daripada hujah dalil dalil agama ni orang anggap sampah! Serupa macam "blablabla..berkutbah apa kejadah?" gitu je. Lagi bestnya bila orang orang ni(terdiri daripada sahabat si gadis aku rasa) berpendapat; adalah tanda tanda nak kiamat bila kau bercakap bab agama dalam kehidupan. Aku pelik, aku tak faham, aku terkonfius..aku dahla belajar agama tak tinggi. Kejang otot aku bila tau yang bercakap pasal agama dalam kehidupan pun dah jadi tanda tanda kiamat. Yang nak pisahkan kehidupan dengan Islam (yang aku belajar bahawasanya Islam tu perfect) tu bukan tanda nak kiamat, tapi mencantumkan keduanya pula dah jadi tanda kiamat. Lepas ni budak budak dakwah yang selalu lekat sticker "islam cara hidupku" kat motor bolehla tanggalkan sticker masing-masing, sebab Islam dengan kehidupan tu dua benda yang asing. Mana boleh ngam; tak rileks rileks la nanti beb gua cakap lu. Dahla tu tanda kiamat..aku rasa kalau Ustaz Harun Din tau mesti dia pun kejang otot..kalau ulama besar dunia, Yusuf Qaradawi tau pun silap silap dia boleh kena strok..

Aku sungguh impress..!!

Wednesday, July 29, 2009

Friday, July 17, 2009

messy jessy.


Cuma main-main dengan marker yang dah kering dakwat. Oh, aku tengah try tak banyak membebel dalam blog sendiri..

Thursday, July 9, 2009

Contengan Warna Digital


Lagi digital study, watak Mikaela lakonan Megan Fox dalam Transformers, walaupun hakikatnya aku tak tau part mana yang boleh buat orang kenal awek dalam gambar ni adalah dia. Atau ringkasnya nak cakap muka tak sama langsung! Aku dah start 'jatuh cinta' kat minah ni masa filem pertama Transformers dulu. Walaupun real life attitude minah ni agak tapir jugak, tapi aku peduli apa. Bukan nak buat bini pun.

Bercakap pasal digital, beberapa nama digital artist yang aku minat adalah Benjamin, Katsuya Terada..kalau kat Malaysia aku suka Puppeteer, Zamzami, dan Adijin. Pun begitu, aku rasa aku paling banyak refer dengan kerja-kerja Aadi Salman (Adijin), aku suka style digital beliau yang kasar dengan stroke yang padat. Aku rasa style gini paling dekat dengan aku dan paling aku layan kepala.

Pasal kerja di atas, benda ni cuma contengan digital yang aku buat untuk mendekatkan aku dengan mouse laptop aku. Sebab sebagai seorang kidal, aku sedikit kekok dalam menggunakan mouse yang sememangnya dicipta untuk manusia bertangan kanan.

ps: Ops, satu lagi sekalung tahniah kepada saudara Adijin yang dengarnya akan bertolak ke Kanada kerana mendapat kerja di sana sebagai concept artist. Aku akan rindu komik-komik beliau terutamanya Siapa? yang belum habis pun keluar kat Komikoo. Good luck kepada beliau!

Monday, July 6, 2009

Digital Colouring.



Lakaran dari entry lama yang aku kaler semula. Study digital colouring punya pasal. Digital yang tak nampak macam digital, suck gila! First time la study betul-betul, terima kasih pada Iba di atas research beliau. Aku ni menumpang research orang je!

Sunday, July 5, 2009

Transformers; dendam The Fallen



Aku tak nak tulis panjang memandangkan mood untuk menulis tak berapa ada waktu-waktu gini. Cuma aku nak kasi entry jugak pasal Transformers 2 Revenge of the Fallen yang aku tengok dengan budak-budak rumah sewa aku semalam. Selepas empat bulan disuap dengan trailer dia yang kaw-kaw, aku rasa puas gila bila dapat menonton filem francais pasal mainan ni. Aku rasa filem ni la paling menaikkan maruah budak-budak yang pernah gila kumpul mainan suatu masa dulu. Mungkin ramai tak tau yang Transformers ni asalnya cuma robot mainan semata-mata sebelum dibuat cerita dalam komik dan kartun animasi. Dan Michael Bay seolah-olah merealisasikan mimpi basah fanboy-fanboy yang gila kumpul toy dengan sebuah filem fiksyen yang sangat hebat mengalahkan filem epik perang yang pernah tertulis dalam mana-mana buku sejarah. Kalau filem Transformers yang pertama dulu dah boleh buatkan kita melopong dengan aksi dan plot yang simple, yang kedua seolah-olah boleh buat kita kejang dengan skrip yang lagi kuat, perjalanan cerita yang sedikit sentimental, sinematografi yang lagi cun, karekter yang makin kuat, dan aksi-aksi pertarungan yang kaw-kaw. Babak-babak pertarungan seolah-olah mengingatkan aku pada perasaan menonton Gladiator dulu. Optimus Prime karismatik gila walaupun cuma besi! Aku takut untuk mengatakan ini adalah filem terbaik memandangkan dunia filem aku yang tak luas pun, tapi aku berani cakap yang ni sememangnya antara filem yang terbaik. Tak banyak aku boleh cakap melainkan memang lahanat la sape yang tak tengok lagi!