ekor-ekor

Saturday, March 21, 2009

Impian Seorang Pejuang

Apa yang paling kau inginkan dalam hidup kau sekarang?

Kalau kau sanggup mempertaruhkan seumur hidup kau untuk cuba mengejar perkara tu,itu lah namanya impian. Pada aku,impian atau cita2 ni adalah satu perkara paling indah dan bermaruah kat dunia ni. Pernah tak kau fikir kenapa seorang peninju sanggup bergelumang dengan darah dalam gelanggang,sebab impian dia di situ. Impian tu bagi dia satu kuasa untuk terus berdiri walau teruk dibelasah.. Seorang pelukis jalanan sanggup hidup merempat di tepi-tepi jalan sebab impian dia di situ. Kuasa impian tu bagi dia ketahanan walau dicerca, diherdik, mahupun dipandang rendah seumur hidup dia..

Cuba kau fikir,kau orang yang berimpian atau tak? Atau kau manusia berjiwa kosong tanpa impian?

Dalam dunia yang sekarang macam ni,aku rasa impian lah yang selamatkan aku dari benda-benda yang merosakkan. Jujur aku mengaku dari zaman sekolah lagi banyak benda2 tak elok di sekeliling aku..gangster,clubbing,rempit,perempuan,ganja,pil..segala benda ni aku tengok sendri rosakkan kawan-kawan aku. Salah satu perkara yang selamatkan aku selain iman yang cuma setebal kulit bawang ni bukan lain adalah impian. Bagi aku sendiri impianlah yang membezakan hidup aku dengan hidup diorang. Bukannya aku pandang rendah pada sesiapa, tapi itulah hakikatnya kan. Kawan-kawan aku tu mana ada apa-apa impian pun, yang pasti ada dalam kepala dan jiwa diorang aku pasti tak lain adalah keseronokan semata-mata. Tapi aku ada perkara yang perlu aku kejar,aku tau apa yang aku betul-betul nak dengan seluruh jiwa raga aku. Dan aku tak nak impian aku hancur kerana benda-benda bodoh ni semua.

Cuba kau tengok remaja-remaja sekarang dan tanya kenapa kebanyakan dari diorang rosak serosaknya?

Impian tak memerlukan kau mencapainya. Impian perlukan kau untuk mengejarnya. Aku bagi perumpamaan,langit tu impian kau. Kau tak perlu untuk sentuh langit,apa yang perlu adalah kau lompat setinggi yang boleh. Sama ada dapat capai atau tak adalah perkara kedua,tiga, dan keberapa saja. Antara saat kau kejar dan saat kau capai,saat kau kejar adalah lebih bermakna sebab dari situlah bermulanya kehidupan sebenar kau.

Jujurnya, aku tak rela kalau aku jalani kehidupan tanpa impian. Pergi kerja,balik kerja. Menaip dari pagi sampai petang, buat benda yang aku tak suka. Walau hidup aku mewah sekalipun.
Tiada makna kehidupan bagi aku kalau macam tu. Aku sejujurnya lagi rela hidup aku bergelumang dengan tekanan..kejar deadline..kena perah otak..terpaksa makan megi..asalkan impian aku ada di situ .Dan kalau ditakdirkan aku jatuh,aku berharap aku jatuh di landasan menuju impian aku..sebab hanya impian yg dapat buat aku bangun semula..

Impian aku nak jadi pelukis ilustrasi/komik/animasi. Memang..aku mengaku,impian aku bodoh-bodoh je..tapi bagi aku, bersama impian aku ni,aku ibarat seorang 'fighter' dalam sebuah gelanggang yang ganas..berdiri dengan penuh gagah dan bermaruah..

1 comment: