ekor-ekor

Tuesday, April 21, 2009

siapa artis?



Semasa menulis profil diri ketika di bangku sekolah dulu (seingat aku dalam darjah 6 mungkin), aku menulis artist sebagai cita-cita. Dan sewaktu membacanya di hadapan kelas, cikgu aku dengan sinis bertanya;

"Kenapa nak jadi artis? Nak masuk TV ke?"

Mungkin frasa artis yang dimaksudkan cikgu aku tu adalah penyanyi dan pelakon. Aku tak tau cikgu aku tu sekolah setakat mana membolehkan dia menjadi seorang cikgu. Tapi setahu aku dalam kamus dwibahasa sekalipun, perkataan artist merujuk kepada orang seni, terutamnya pelukis. Dan budak tadika pun boleh tahu (yang pandailah) perkataan artis dah-dah tentu dipinjam dari perkataan english iaitu artist yang bermaksud; macam aku cakap tadi lah!

Pelukis dalam bahasa omputeh pun bukan drawer kan, tapi artist. Penyanyi dan pelakon yang kau panggil artis tu pulak omputeh panggil celebrity. See, omputeh pun tak panggil diorang ni artist. So, kau jangan buat kelakar la kan. Ni satu perkara yang aku tak puas hati sampai sekarang. Aku boleh terima kalau penulis, penyair, pemuisi, jurugambar, atau pengarah filem/ animasi dan sebagainya dipanggil artist, sebab seni adalah melibatkan proses penciptaan. Tapi penyanyi dan pelakon tu orang seni ke? Orang buta seni pun boleh jadi pelakon kan. Kau tengok sendiri la industri perfileman kita, sebab dipenuhi oleh orang buta seni la filem Malaysia jadi sebegini "hebat". wtf!

6 comments:

Gregor said...

This be cool!

Kurt said...

well said. memang istilah artist disalahguna/disalahertikan kat M'sia nih. apa nak jadi la..

Kurt said...

well said. memang istilah artist ni selalu disalahguna/disalahertikan kat m'sia ni. apa nak jadi la..

takaharasuiko said...

in my humblest opinion.

eh, artis juga. contohnya pelakon. contohnya pelakon yang melakonkan skrip tulisan hasil daripada kajian sebuah puisi kurun ke-18.

ada pelakon sampah, ada pelakon bagus. yang sampah tu tak dikira artis lah kot.

penyanyi pula, ada komposer yang mahu lagunya disampaikan kepada orang lain dengan suara yang merdu yang sesuai dengan lirik dan melodi lagunya. kena ada kemahiran. artis juga tu.

selebriti, sebab mereka popular.

pokoknya, kena panggil orang tu ikut bidang mereka.

Medi said...

takaharasuiko- ya, aku stuju la dgn pendapat encik. cuma tu la, aku rasa cuma istilah artist ni dah semakin jauh tersesat. sekarang ni pelawak pun orang panggil artist kan? memang ada pelakon dan penyanyi yang bagus n layak dipanggil artist. cuma aku rasa orang sekarang ni mana kira semua tu untuk melayakkan diorang bergelar artist..

syed/indahkhayal said...

eh...sama pulak tajuk ni...huhu...sori kalau tersame tajuk dalam artikle aku...huhu