ekor-ekor

Sunday, July 5, 2009

Transformers; dendam The Fallen



Aku tak nak tulis panjang memandangkan mood untuk menulis tak berapa ada waktu-waktu gini. Cuma aku nak kasi entry jugak pasal Transformers 2 Revenge of the Fallen yang aku tengok dengan budak-budak rumah sewa aku semalam. Selepas empat bulan disuap dengan trailer dia yang kaw-kaw, aku rasa puas gila bila dapat menonton filem francais pasal mainan ni. Aku rasa filem ni la paling menaikkan maruah budak-budak yang pernah gila kumpul mainan suatu masa dulu. Mungkin ramai tak tau yang Transformers ni asalnya cuma robot mainan semata-mata sebelum dibuat cerita dalam komik dan kartun animasi. Dan Michael Bay seolah-olah merealisasikan mimpi basah fanboy-fanboy yang gila kumpul toy dengan sebuah filem fiksyen yang sangat hebat mengalahkan filem epik perang yang pernah tertulis dalam mana-mana buku sejarah. Kalau filem Transformers yang pertama dulu dah boleh buatkan kita melopong dengan aksi dan plot yang simple, yang kedua seolah-olah boleh buat kita kejang dengan skrip yang lagi kuat, perjalanan cerita yang sedikit sentimental, sinematografi yang lagi cun, karekter yang makin kuat, dan aksi-aksi pertarungan yang kaw-kaw. Babak-babak pertarungan seolah-olah mengingatkan aku pada perasaan menonton Gladiator dulu. Optimus Prime karismatik gila walaupun cuma besi! Aku takut untuk mengatakan ini adalah filem terbaik memandangkan dunia filem aku yang tak luas pun, tapi aku berani cakap yang ni sememangnya antara filem yang terbaik. Tak banyak aku boleh cakap melainkan memang lahanat la sape yang tak tengok lagi!

6 comments:

mechanical skeleton said...

aq harap ko xdok area dpan skali mse tgk nie...
n lg stu memg lakhanat bile ade org len tgk dlu cter nie sblum ko...
tp ok gak tgk lmbat2 coz yg tgk dlu msti nk tgk lg pnye...(mcm aq) huhuu..

Medi said...

mana boleh duk depan punya..beli tiket awal 3 jam duh. tapi memang lahanat la sampai pawagam teruntum yang selalunya ada 5-6 kerusi je terisi pun boleh penuh dengan kutu-kutu.paling tak boleh blah ada geng-geng malaun mana ntah siap tepuk tangan n bersorak gaya king kong lagi lepas abis citer. em..aku nak tepuk jugak..tapi tak chill pulak men tepuk-tepuk tangan..huhu

mechanical skeleton said...

wah2 nsib bek aq blik aritu...
lau aq follow ntah kali ke bpe pn aq xngat tgk cter tu...
xterpikir ke nk wat robot sendiri plak???
huhhu...

Medi said...

wat robot sendiri?kena ambik cos mechanical enginering dulu ar..haha

araku taipan said...

wat je kete sorong yg bley btuka jadi decepticon..stylo pe..x yh amek ingineering pn xpe...haha

Medi said...

hah..betul tu..esok aku buat..